Kajian Mikrostruktur Aloi Aluminium A390 Selepas Pemesinan Kisar (Microstructural Study of Aluminium Alloy A390 After Milling Process)

Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 2

Abstract

Aloi aluminum menjadi tumpuan dalam aplikasi komponen automotif disebabkan sifatnya yang ringan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api. Umum mengetahui bahawa komponen ringan yang diperbuat daripada tuangan aloi aluminium lebih kos efektif berbanding penggunaan tuangan besi untuk blok enjin, dan piston. Antara aloi aluminium yang mendapat perhatian pengkaji adalah berasaskan aloi Al-Si seperti aloi penuangan acuan dengan 9.5 wt.% Si (383), aloi penuangan pasir dengan 18.5 wt.% Si (A390) dan semburan aloi dibentuk dengan 25 wt.% Si (Al-25Si). Aloi A390 adalah sesuai untuk menggantikan komponen tuangan besi kerana kandungan silikon yang tinggi ini dapat mengurangkan pengembangan haba, dan ciri-ciri kakisan yang baik. Artikel ini membentangkan pemerhatian yang dilakukan terhadap mikrostruktur aloi aluminum A390 di bawah permukaan yang telah dimesin kisar. Parameter pemotongan yang dikaji ialah laju pemotongan 250-350 m/min, kadar suapan 0.02-0.04 mm/gigi, dan lebar radius 12.5 mm-25 mm. Manakala kedalaman paksi dimalarkan pada 0.3 mm. Pemesinan kisar dilakukan dalam keadaan kering dan kriogenik. Pemerhatian terhadap mikrostruktur mendapati terdapat kesan pemanasan pada laju pemotongan 350 m/min, kadar suapan 0.02 mm/gigi, lebar jejari 12.5 mm dalam keadaan pemotongan kering dengan mata alat yang telah haus. Manakala untuk parameter pemotongan yang lain tiada kesan pemanasan diperhatikan. Tiada sebarang perubahan mikrostruktur diperhatikan bagi julat parameter pemotongan yang dikaji. Ini menunjukkan, suhu pemotongan yang terjana adalah rendah dan tidak menyebabkan sebarang perubahan mikrostruktur bagi julat pemotongan kajian.

Authors and Affiliations

Kamal Othman, Jaharah A. Ghani, Che Hassan Che Haron, Afifah Juri, Mohd Shahir Kassim

Keywords

Related Articles

Tensile Properties and Strain Response of Cu-Al Bi-Metal Tube

Recent high price of copper in global market forced the heat, ventilation, and air condition (HVAC) industry players to find alternative materials with relatively lower market price compared to copper such as aluminium f...

Pemodelan Kesediaan Pelajar Beranjak kepada Berbasikal di UKM (Modelling of Student Readiness Switch to Cycling Modes at UKM)

Increasing dependence on the use of cars and sedentary lifestyle in the university campus have resulted in growing traffic congestion and more demand for parking, air pollution, and many others. Therefore, many studies w...

Pembangunan Kawalan Logik Kabur dalam Reaktor Lapisan Terpadat (Development of Fuzzy Logic Controller for Packed Bed Reactor)

Fuzzy logic control system on simulation model was created using MATLAB Simulink R2011a in order to control the isomerization process of glucose to fructose in recycled and non-recycled packed bed reactor. Immobilized gl...

Developments in Plasma Arc Cutting (PAC) of Steel Alloys: A Review

The Plasma Arc Cutting (PAC) process was developed for difficult-to-machine materials in order to overcome the inefficiency and ineffectiveness of conventional machining methods when it comes to complex shapes and tool w...

Pattern of Muscle Contraction in Car Pedal Control

Driver’s discomfort has gained a lot of attention, especially among interested parties. There are many interacting factors involving both the driver and the interior components of the car that contribute to discomfort wh...

Download PDF file
  • EP ID EP455571
  • DOI 10.17576/jkukm-2018-30(2)-16
  • Views 64
  • Downloads 0

How To Cite

Kamal Othman, Jaharah A. Ghani, Che Hassan Che Haron, Afifah Juri, Mohd Shahir Kassim (2018). Kajian Mikrostruktur Aloi Aluminium A390 Selepas Pemesinan Kisar (Microstructural Study of Aluminium Alloy A390 After Milling Process). Jurnal Kejuruteraan, 30(2), 257-264. https://europub.co.uk/articles/-A-455571