Kesan Penjana Fotovolta Tersambung-Grid terhadap Kestabilan Voltan Dinamik dalam Sistem Kuasa (Effect of Grid-Connected Photovoltaic Generator on Dynamic Voltage Stability in Power System)

Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 2

Abstract

Penyepaduan penjana fotovolta (FV) tersambung-grid ke dalam sistem kuasa memberi kesan teknikal kerana reka bentuk rangkaian asalnya tidak mengambil kira penyepaduan penjanaan teragih. Pertumbuhan pesat pemasangan dan penembusan tinggi penjana fotovolta tersambung-grid boleh menimbulkan beberapa isu teknikal seperti kualiti kuasa dan kesan ke atas kestabilan voltan sistem kuasa. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis kestabilan voltan dinamik, serta menentukan parameter dinamik penjana FV yang memberi kesan terhadap kestabilan voltan dinamik. Model sistem yang dibangunkan untuk analisis kestabilan voltan dinamik menimbang model dinamik penjana FV dan beban dinamik. Simulasi domain-masa kestabilan voltan dinamik mengambil kira faktor seperti tenggelam-timbul sinaran suria, beban dinamik seperti motor aruhan dan putusan talian. Simulasi dilakukan pada tahap maksimum penembusan FV; 2% bagi sistem penghantaran IEEE 118 bas dan 60% bagi sistem agihan jejari IEEE 69 bas. Keputusan mendapati bahawa tenggelam-timbul sinaran suria yang berpunca dari kejadian lindungan awan boleh memberi kesan terhadap kestabilan voltan dalam sistem kuasa. Kejatuhan voltan secara mendadak menyebabkan ketakstabilan voltan dinamik yang mana bas mengalami kejatuhan voltan melebihi 6% sisihan voltan yang dibenarkan. Gangguan dinamik seperti permulaan motor aruhan turut menjejaskan kestabilan voltan. Selain itu, didapati berlakunya kepulauan yang disebabkan oleh putusan talian di talian tersambung pada bas penjana FV. Justeru, kehadiran sistem penjana FV tersambung grid dan motor aruhan tidak dapat membantu mengekalkan keseimbangan voltan bas yang akhirnya boleh membawa kepada keruntuhan voltan.

Authors and Affiliations

Zetty Adibah Kamaruzzaman, Azah Mohamed, Nor Azwan Mohamed Kamari

Keywords

Related Articles

Developing and Validating a Simulation Model for Counting and Classification of Vehicles

An algorithm system approach has been presented for extracting traffic data using video image processing. While an offline program focuses on extracting vehicles, tracking them and provides the vehicle count for a short...

Kebolehpercayaan & Kesahan Soal Selidik Kelewatan dalam Projek Pembinaan Menggunakan Model Pengukuran Rasch (Reliability & Validity of the Construction Delay Questionaire using the Rasch Mesurement Model)

Construction industry is one of the industry that generates economy and at the same time provides job vacancy and national treasure. However, delay in construction project is a global phenomenon which occurred at almost...

Developments in Plasma Arc Cutting (PAC) of Steel Alloys: A Review

The Plasma Arc Cutting (PAC) process was developed for difficult-to-machine materials in order to overcome the inefficiency and ineffectiveness of conventional machining methods when it comes to complex shapes and tool w...

Car Driver Attitude towards Road Safety Measures

Road traffic accidents (RTA) constituted a severe public problem in all countries of the world. Roughly about 1.5 million people around the world die in traffic-related accidents. Its absolute impact is exacerbated by th...

Pembentukan Mikrostruktur Berbentuk Sfera dalam Keadaan Separa Pepejal Aloi Aluminium Al-4.8Si-2.8Cu-0.5Mg (Formation of Spheroidal Microstructure in Semi-solid State of Al-4.8Si-2.8Cu-0.5Mg Aluminium Alloy)

Hasil penyelidikan mengenai pembentukan mikrostruktur berbentuk sfera dalam keadaan separa pepejal aloi aluminium Al-4.8Si-2.8Cu-0.5Mg dibentangkan dalam penulisan ini. Bahan awal aloi aluminium tersebut dihasilkan melal...

Download PDF file
  • EP ID EP455575
  • DOI 10.17576/jkukm-2018-30(2)-20
  • Views 103
  • Downloads 0

How To Cite

Zetty Adibah Kamaruzzaman, Azah Mohamed, Nor Azwan Mohamed Kamari (2018). Kesan Penjana Fotovolta Tersambung-Grid terhadap Kestabilan Voltan Dinamik dalam Sistem Kuasa (Effect of Grid-Connected Photovoltaic Generator on Dynamic Voltage Stability in Power System). Jurnal Kejuruteraan, 30(2), 289-296. https://europub.co.uk/articles/-A-455575