Sistem Dapatan Semula Imej untuk Aplikasi Perubatan (Content-based Image Retrieval for Medical Application)
Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 1
Abstract
Dapatan semula imej (DSI) adalah sistem pencarian imej yang menggunakan ciri-ciri tertentu atau konteks khusus dalam sesuatu imej. Dalam bidang perubatan, sistem DSI digunakan untuk menyediakan imej yang diperlukan secara tepat dan pantas kepada pakar perubatan. Proses itu biasanya berlaku pada dan ketika diagnosis dan rawatan penyakit dilakukan. Sistem dapatan semula yang awal dan masih digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan adalah sistem DSI berdasarkan teks (TBIRS). TBIRS menggunakan kata kunci dalam konteks sesuatu imej dan ia memerlukan anotasi teks secara manual. Proses anotasi teks adalah tugas yang memerihkan lebih-lebih lagi jika melibatkan pangkalan data yang besar. Ini memungkinkan kebarangkalian berlakunya kesilapan manusia adalah tinggi. Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan, sistem DSI berdasarkan kandungan (CBIRS) dengan pengindeksan automatik adalah dicadangkan. Kaedah ini melibatkan pemprosesan imej perubatan berdasarkan komputer yang menggunakan fitur visual imej seperti warna, bentuk dan tesktur. Namun begitu, umum mengetahui bahawa suatu algoritma tertentu dalam CBIRS adalah khusus untuk satu modaliti sahaja dan melibatkan bahagian yang tertentu. Ini ditambahkan pula bahawa CBIRS telah mengabaikan persepsi manusia dalam tugas menakrif sesuatu imej dan akibatnya, menyebabkan wujudnya masalah jurang semantik. Oleh itu, sistem DSI hibrid (HBIRS) yang menggabungkan kekuatan kedua-dua TBIRS dan CBIRS telah diperkenalkan bagi menangani masalah jurang semantik khususnya dan sekaligus memantapkan sistem DSI amnya. Satu kerangka sistem DSI yang cekap iaitu HBIRS juga telah dicadangkan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan TBIRS dan CBIRS bagi aplikasi perubatan, dan prototaip TBIRS yang dikaji menggunakan imej X-Ray turut dicadangkan.
Authors and Affiliations
Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad, Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Aini Hussain, Ling Chei Siong, Wong Erica Yee Hing
Pemodelan Hubungan Antara Kualiti Perkhidmatan, Kesan Alam Sekitar, Sikap dan Keinginan untuk Menggunakan Park-and-Ride (Modelling of Relationship Between Service Quality, Environmental Impact, Attitude and Intention to Use Park-and-Ride)
Structural equation modelling (SEM) is a modelling technique that can handle a large number of endogenous and exogenous variables, as well as latent variables specified as linear combinations of the observed variables. U...
Preliminary Study of Alkaline Direct Ethanol Fuel Cell by Using Crosslinked Quaternized Poly (Vinyl Alcohol)/Graphene Oxide Membrane
A crosslinked of Quaternized Poly (vinyl alcohol)/Graphene oxide (QPVA/GO) composite membrane was prepared via quaternization and solution casting method. With the main objective is to performed lower ethanol permeabilit...
Kebolehpercayaan & Kesahan Soal Selidik Kelewatan dalam Projek Pembinaan Menggunakan Model Pengukuran Rasch (Reliability & Validity of the Construction Delay Questionaire using the Rasch Mesurement Model)
Construction industry is one of the industry that generates economy and at the same time provides job vacancy and national treasure. However, delay in construction project is a global phenomenon which occurred at almost...
Analisis Ramalan Pelemahan Hujan Semenanjung Malaysia Menggunakan PetaRekaan Berkontur (Rain Attenuation Prediction of Peninsular Malaysia using Contour Map)
Hujan melemahkan isyarat gelombang mikro melalui proses penyerapan dan penyelerakan menyebabkan penerimaan isyarat mengalami gangguan pada sistem satelit yang beroperasi melebihi frequensi 10 GHz. Fenomena ini menyebabka...
Kesan Lilin ke Atas Sifat Hidrofobik Permukaan Daun Pisang (Wax Effect on Hydrophobic Properties of Banana Leaves)
Wax extraction of two types of banana leaves: Musa parasidiaca L. and Musa acuminata Colla; were conducted by immersing the banana leaves in chloroform in order to investigate the hydrophobicity and self-cleaning behavio...